
“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini,” tegasnya.
Tegasnya lagi “tidak Anwar, tidak DAP” sambil menambah beliau mempersilakan tindakan diambil terhadapnya kerana berpegang kepada prinsip itu.
Semalam, Hishammuddin dalam kenyataan menolak kerjasama antara gabungan itu dan PH.
Pagi tadi pemimpin PH dan BN bermesyuarat di Hotel Seri Pacific.
Istana Negara telah memberitahu pemimpin parti dan ketua gabungan untuk mencadangkan calon perdana menteri menjelang 2 petang ini.
Keputusan pilihan raya umum ke-15 Sabtu lalu menyaksikan tiada satu parti pun memperoleh majoriti mudah menyebabkan kerajaan tergantung sehingga hari ini.