
Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 53 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Serdang pada 12.39 tengah malam Selasa lalu berhubung seorang kanak-kanak yang dibawa ke hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan bedah siasat semalam mendapati punca kematiannya dipercayai akibat kesan hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan ususnya pecah.
Susulan itu, seorang lelaki tempatan ditahan di perkarangan Hospital Serdang pada 2.25 petang semalam.