Tiada dendam dengan Wee, kami kawan, kata Loke

Tiada dendam dengan Wee, kami kawan, kata Loke

Menteri pengangkutan itu berkata, ada masanya beliau bersuara sedikit agresif ketika berdebat dengan Wee Ka Siong di Parlimen.

Loke Siew Fook (kiri) berkata, beliau dan Wee Ka Siong masih menelefon satu sama lain dan berbual di Parlimen.
PETALING JAYA:
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, beliau mempunyai hubungan baik dengan pendahulunya yang juga Presiden MCA, Wee Ka Siong, walaupun mereka mempunyai pandangan politik berbeza.

Loke yang sering berdebat dengan Wee di Parlimen mengenai isu pengangkutan berkata, beliau dan Wee berkawan.

“Ada masanya saya perlu bersuara sedikit agresif (ketika berdebat di Parlimen). Tetapi saya tiada masalah dengan Wee,” katanya menurut laporan China Press.

“Kami masih menelefon satu sama lain dan berbual ketika bertemu di Parlimen,” katanya sambil menambah beliau dan Wee tidak pernah berdendam.

Loke mengambil alih jawatan itu daripada Wee, yang dilantik menerajui Kementerian Pengangkutan susulan kejatuhan kerajaan Pakatan harapan (PH) pada Februari 2020.

Sebelum itu, Loke merupakan menteri pengangkutan selepas PH memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.