
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sik, Zulkhairi Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.57 petang dan terus menggerakkan anggotanya ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.
“Pusat Gerakan Operasi Kedah terima panggilan kecemasan mangsa lemas melalui MERS 999 dan jentera serta bot dengan kekuatan lima anggota bersama pegawai, digerakkan ke lokasi kejadian di Tasik Gubir.
“Jarak lokasi dari balai kita ialah 43km…Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat ini,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Ketua Polis Daerah Sik, Abdull Razak Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berdasarkan maklumat awal, mangsa mungkin ke Tasik Gubir untuk memancing.
“Siasatan masih dijalankan dan operasi mencari dan menyelamat akan bersambung esok,” katanya.