Bas persiaran ke KL musnah terbakar di plaza tol

Bas persiaran ke KL musnah terbakar di plaza tol

Bomba Selangor berkata bagaimanapun tiada mangsa cedera selepas 44 penumpangnya berjaya menyelamatkan diri.

Sebuah bas persiaran dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur terbakar 100% dalam kejadian di Plaza Tol UPM, di Serdang, awal pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebuah bas persiaran dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur musnah terbakar, dalam kejadian di Plaza Tol UPM, Serdang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, sejumlah 44 penumpang sempat menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi, pada Ahad.

“Sebuah bas persiaran dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur mengalami kebakaran 100%. Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” lapor Astro Awani.

Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10%.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.