
Beliau yang juga menteri kewangan berkata kandungan Belanjawan 2023 masih diperincikan lagi namun, kerajaan di bawah pentadbirannya tidak akan meminggirkan mana-mana pihak.
“Belum siap lagi (Belanjawan 2023), inilah masalahnya. Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta (peruntukan).
“Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting, tapi M40 juga kita akan berikan perhatian,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan dua hari di sini, pada Rabu.
Hadir sama Premier Sarawak Abang Johari Openg, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Menteri Luar Zambry Abdul Kadir.
Belanjawan 2023 akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada Jumaat 24 Feb, 2023.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata Belanjawan 2023 yang bakal dibentang semula tidak akan terikat dengan perkara yang dibentang oleh kerajaan terdahulu.
Bagaimanapun, cadangan yang dibuat dalam belanjawan terdahulu tetap diambil kira dalam perangkaan Belanjawan 2023 yang baharu.