Turki dilanda gempa bumi kuat lagi

Turki dilanda gempa bumi kuat lagi

Gempa dengan kedalaman 58 km itu berlaku pada jarak 114 km tenggara dari Adana.

Anggota pasukan penyelamat mencari mangsa di dalam bangunan yang musnah selepas gempa bumi 6.4 magnitud baharu yang melanda sebahagian Turki dan Syria. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Turki dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter pada 1.04 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 58 km itu berlaku pada jarak 114 km tenggara dari Adana, Turki.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 1.35 pagi.

Pada 6 Feb lepas, gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras telah menjejaskan 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.

Lebih 13 juta penduduk terjejas dan beberapa negara di rantau itu termasuk Syria dan Lubnan yang turut merasai gegaran kuat, menurut Bernama.

Setakat semalam, dilaporkan sekurang-kurangnya 41,020 orang telah terkorban akibat bencana gempa bumi kuat itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.