Mangsa banjir di Batu Pahat menurun sedikit

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun sedikit

Hanya tinggal lima PPS yang beroperasi dan menempatkan 122 keluarga.

Hanya tinggal lima pusat pemindahan sementara yang beroperasi di daerah Batu Pahat, dan menempatkan 122 keluarga. (Gambar Bernama)
BATU PAHAT:
Mangsa banjir di daerah ini menurun sedikit kepada 439 orang setakat 8 malam tadi berbanding 444 orang pada 4 petang, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan memaklumkan hanya tinggal lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi, dan menempatkan 122 keluarga.

Lima PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan yang menempatkan 240 penduduk; Sekolah Agama (SA) Seri Bertam (enam orang); Dewan Orang Ramai Yong Peng (118 orang); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang); dan SA Seri Comel (54 orang).

JPBN juga memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran dengan kedalaman 19.01 meter, pada petang tadi.

Cuaca dijangkakan mendung di Johor Bahru dan Pontian manakala lapan daerah lain dijangka cerah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.