
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, berkata ketika ini pihaknya tidak berhadapan sebarang masalah untuk berunding bersama BN.
“Saya rasa tiada masalah dan rundingan (bersama BN) masih diteruskan berhubung perkara berkenaan (PRN),” katanya menurut Berita Harian.
Enam negeri bakal mengadakan PRN tidak lama lagi adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu, Salahuddin berkata, Amanah menyasarkan untuk menawan Kelantan yang juga kubu kuat PAS menerusi kerjasama dengan BN pada PRN kali ini.
Katanya, peluang untuk menawan negeri itu tetap ada kerana politik bersifat dinamik.
“Mestilah (sasar tawan Kelantan) atas nama PH dan BN. Apa yang penting meletakkan calon tepat dan bertanding di kawasan menjadi pilihan kita.
“Politik itu tiada yang beku…sebaliknya dinamik dan kita boleh meneruskan perjuangan dengan strategi ditetapkan,” katanya yang turut mengakui Amanah tidak ada masalah bertembung dengan PAS bukan sahaja di Kelantan malah negeri lain.