PM jamin MA63 selesai segera, tak mahu isu dibangkit lagi

PM jamin MA63 selesai segera, tak mahu isu dibangkit lagi

Anwar Ibrahim berkata beliau memberi mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof melakukan segala yang perlu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata isu Perjanjian Malaysia 1963 bukan perkara baharu, namun itu adalah hak yang dinafikan sejak puluhan tahun.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pemimpin parti politik Sabah dan Sarawak isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diselesaikan segera.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof sudah diberi mandat sepenuhnya melaksanakan apa saja agenda terkandung dalam MA63.

Katanya, isu MA63 bukan perkara baharu, namun itu adalah hak yang dinafikan sejak puluhan tahun lalu.

“Saya beri mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri Fadillah, lakukan apa yang sepatutnya.

“Saya tak mahu (bila) ke Sabah dan Sarawak, orang bangkit lagi tentang MA63. Apa erti kemerdekaan jika rakyat tidak dibebaskan,” katanya ketika berucap di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mengulas mengenai keutuhan kerajaan perpaduan, Anwar memberi keyakinan kerajaan pimpinannya akan kekal sehingga tamat penggal.

Meskipun ia cuba digugat oleh pihak tidak bertanggungjawab, Anwar yakin sokongan Ahli Parlimen kerajaan tidak tergugat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.