Tiada perbincangan rombak Jemaah Menteri, kata Fadillah

Tiada perbincangan rombak Jemaah Menteri, kata Fadillah

Timbalan perdana menteri berkata perkara itu adalah hak mutlak Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri perladangan dan komoditi, Fadillah Yusof tiba di hotel penginapannya sempena misi perdagangan ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium. (Gambar Bernama)
BRUSSELS:
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata belum ada perbincangan mengenai rombakan Jemaah Menteri.

“Saya belum mendengar mengenainya. Tiada perbincangan tentang perkara itu. Itu adalah prerogatif (hak mutlak) Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya ketika ditanya mengenai desas-desus mengenai kemungkinan akan berlaku rombakan Jemaah Menteri.

“Saya orang bekerja. Saya menurut perintah,” kata Fadillah yang juga menteri perladangan dan komoditi, kepada media Malaysia hari ini.

Beliau sebaliknya menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited dan fokus untuk memastikan kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Kami dari GPS telah memberikan komitmen dan apa yang kami perlukan sekarang ialah kerajaan yang kuat dan stabil.”

“Tanpa kestabilan, kita tidak boleh mengubah prestasi ekonomi, pelabur tidak akan datang kerana tiada dasar yang jelas, tiada kesinambungan dari segi kerajaan,” katanya.

Hanya kestabilan politik dan tadbir urus yang baik akan menarik kedatangan pelabur, kata Fadillah yang merupakan Ketua Whip GPS di Parlimen.

“Ini perkara terpenting buat Sarawak dan ia merupakan komitmen kami dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.