
Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengadakan pertemuan dengan SPAN dan tiada lagi isu berbangkit berhubung perkara berkenaan.
Menurut Azami, pembinaan LRA mini berkenaan membabitkan lima kawasan, iaitu di Ketereh (Kota Bharu), Teluk Mesira (Bachok), Perol (Peringat), Wakaf Bharu (Tumpat) dan Meranti Baru (Pasir Mas), melalui peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM70 juta.
Katanya, peruntukan digunakan untuk membina LRA mini terbabit bagi menyelesaikan masalah bekalan air penduduk setempat.
“Pada peringkat awal dulu, kita tidak tahu bahawa sebarang pembinaan dan membaik pulih perlu mendapat kelulusan SPAN terlebih dahulu mengikut Seksyen 45 Akta SPAN.
“Kita ingat apabila guna peruntukan sendiri, kita tidak perlu lapor kepada SPAN. Alhamdulillah, sudah selesai dan tidak ada isu lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan penggantian paip di Pasir Tumboh di sini, yang turut dihadiri Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Dr Nazmi Ghazali Azmi.
Azami berkata, pembinaan LRA mini itu telah memberi manfaat kepada rakyat Kelantan di kawasan yang terlibat, termasuk LRA Mini Wakaf Bharu yang membekalkan air kepada 12,000 pengguna, manakala di Ketereh, 5,000 pengguna.