Menteri gesa industri terus cari jalan perbaiki amalan lestari

Menteri gesa industri terus cari jalan perbaiki amalan lestari

Amalan lestari boleh bantu kurang kos perniagaan sambil menjaga alam sekitar.

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan telah memperkenalkan inisiatif galak industri pulih alam sekitar. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR:
Pihak industri perlu terus memperbaiki amalan lestari mereka ke arah mendukung ekonomi hijau, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata industri juga boleh mendapat manfaat dengan mempromosikan amalan lestari seperti inovasi dalam proses pengeluaran dan penggunaan tenaga secara berkesan, yang boleh mengurangkan kos perniagaan sambil menjaga alam sekitar.

“Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan industri-industri untuk meningkatkan pemuliharaan alam sekitar termasuk pembiayaan untuk mempromosi penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi hijau, program latihan dan insentif untuk mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar.

“Tetapi kami juga sedar akhirnya jalan terbaik untuk melangkah ke hadapan, adalah bagi perniagaan dan industri untuk menyedari sendiri bahawa kelestarian adalah langkah kemajuan,” katanya dalam ucapan perasmian pada Majlis Penyampaian Anugerah Bunga Raya Perdana Menteri (PMHA) malam tadi.

Beliau berkata institusi seperti PMHA adalah sebuah platform penting untuk mengiktiraf kepatuhan pemain industri terutamanya sektor awam di atas usaha mereka ke arah amalan terbaik dan kelestarian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.