PRN: PN umum calon di Kedah, PAS tanding terbanyak

PRN: PN umum calon di Kedah, PAS tanding terbanyak

PAS bertanding di 21 kawasan diikuti Bersatu 12 dengan Gerakan diperuntukan tiga kerusi.

Perikatan Nasional (PN) Kedah menyatakan keyakinan menyapu bersih semua kerusi ditandingi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional Kedah mengumumkan calon bagi semua 36 kerusi menjelang PRN negeri itu.

Hanya tiga kerusi diperuntukan kepada calon bukan Melayu dari Gerakan di kawasan Kota Darul Aman, Bakar Arang, dan Kulim.

PAS seperti dijangka bertanding di majoriti kawasan apabila meletakkan calon di 21 kerusi, manakala Bersatu pula berentap di 12 kerusi.

Dalam majlis pengumuman di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar, PN Kedah melahirkan keyakinan menyapu bersih semua kawasan ditandingi.

Berikut kerusi ditandingi calon PN:

Kedah

  • Ayer Hangat – Shamsilah Siru (Bersatu)
  • Kuah – Amar Pared Mahamud (Bersatu)
  • Kota Siputeh – Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Bersatu)
  • Ayer Hitam – Azhar Ibrahim (PAS)
  • Bukit Kayu Hitam – Halimaton Shaadiah Saad (Bersatu)
  • Jitra – Haim Hilman Abdullah (PAS)
  • Kuala Nerang – Mohamad Yusoff Zakaria (PAS)
  • Pedu – Mohd Radzi Md Amin (PAS)
  • Bukit Lada – Salim Mahmood (PAS)
  • Bukit Pinang – Romani Wan Salin (PAS)
  • Derga – Muhammad Amri Wahab (Bersatu)
  • Suka Menanti – Dzowahir Ab Ghani (Bersatu)
  • Kota Darul Aman – Chuah See Seng (Gerakan)
  • Alor Mengkudu – Muhamad Radhi Mat Din (Bersatu)
  • Anak Bukit – Rashidi Razak (PAS)
  • Kubang Rotan – Mohd Sallleh Saidin (Bersatu)
  • Pengkalan Kundor – Mardhiyyah Johari (PAS)
  • Tokai – Dr Mohd Hayati Othman (PAS)
  • Sungai Tiang – Abdul Razak Khamis (Bersatu)
  • Sungai Limau – Mohd Azam Abd Samat (PAS)
  • Guar Chempedak – Abdul Ghafar Saad (Bersatu)
  • Gurun – Baddrol Bakhtiar (PAS)
  • Belantek – Ahmad Sulaiman (PAS)
  • Jeneri – Sanusi Nor (PAS)
  • Bukit Selambau – Azizan Hamzah (PAS)
  • Tanjong Dawai – Hanif Ghazali (PAS)
  • Pantai Merdeka – Shahrir Long (PAS)
  • Bakar Arang – Tai Kuang Tee (Gerakan)
  • Sidam – Juliana Abdul Ghani (Bersatu)
  • Bayu – Mohd Taufik Yaacob (Bersatu)
  • Kupang – Najmi Ahmad (PAS)
  • Kuala Ketil – Mansor Zakaria (PAS)
  • Merbau Pulas – Siti Ashah Ghazali (PAS)
  • Lunas – Khairul Anuar Ramli (Bersatu)
  • Kulim – Wong Chia Zhen (Gerakan)
  • Bandar Baharu – Mohd Suffian Yusoff (PAS)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.