PAS sasar menang semua kerusi di Pulau Pinang

PAS sasar menang semua kerusi di Pulau Pinang

Pesuruhjaya Fauzi Yusoff berkata jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh untuk menjayakan sasaran menang 10 kerusi.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusoff yakin usaha keras jentera parti itu akan membuahkan hasil pada PRN kelak. (Gambar Facebook)
BUTTERWORTH:
PAS nampaknya memasuki gelanggang PRU15 peringkat DUN Pulau Pinang dengan keyakinan usaha keras jenteranya akan membuahkan hasil, apabila menyasarkan menang di semua 10 kerusi ia tandingi.

“Kita mahu 10-0… kita tidak mahu ‘overconfident’ tapi kita bekerja bersungguh-sungguh. Sampai 12hb kita akan pastikan rakyat berikan mandat kepada semua calon kami,” kata Pesuruhjaya Fauzi Yusoff kepada pemberita selepas Perikatan Nasional mengumumkan calon, malam tadi.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-14 menyaksikan PAS sekadar menduduki satu kerusi.

Cabaran PN akan dirintis oleh Gerakan yang meraih kerusi terbanyak iaitu 19 kerusi, diikuti Bersatu 11 kerusi. Calon bagi DUN Bayan Lepas akan diumum kelak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.