
Anwar turut memberi jaminan tidak menolak usul itu jika dikemukakan kepada speaker Dewan Rakyat.
“PAS, Bersatu kalau ada undi bawa usul…bawa, saya tidak sekat. Saya bukan macam Muhyiddin Yassin, bila ada usul umum darurat.
“Kamu nak cabar silakan. Saya bagi tahu speaker tak cukup dua minggu, tiga hari notis, usul undi tak percaya jatuhkan Anwar sila bawa,” katanya dalam ceramah merah kuning di Lembah Subang.
Sementara itu, Anwar menyindir Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berhubung kerja baik pulih Kompleks Seri Perdana bernilai RM38 juta.
Beliau mendakwa, Muhyiddin ketika itu lebih mementingkan pengubahsuaian kediaman rasmi perdana menteri berbanding memikirkan denyut nadi rakyat.
“Ada antara orang tak cukup makan, tak ada kerja, OKU, orang miskin…kamu pilih RM38 juta baiki rumah kamu. Allahuakbar apa jenis manusia,” katanya.