
“Kami (kerajaan perpaduan) menurunkan inflasi kepada 2.4% dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan, (tetapi) adakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ada rancangan ekonomi sendiri? Adakah mereka (PN) ada sebarang rancangan?
“Mereka bercakap tentang harga ayam, ini dan itu, tetapi adakah mereka pernah beritahu anda apa yang mereka akan lakukan? Tak, mereka tidak,” katanya pada Jelajah Madani di Sungai Tua malam tadi.
Beliau berkata, PN khasnya PAS tiada keupayaan menangani kadar kemiskinan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di negeri ditadbirnya.
Beliau memetik KDNK Selangor berjumlah RM430 bilion, 14 kali lebih tinggi daripada Kelantan sebanyak RM30 bilion.
“Pada PRN 12 Ogos, tuan-tuan dan puan-puan, anda perlu tanya diri, adakah anda mahu ekonomi Selangor menyusut 14 kali ganda? Jika tidak, tolak PN dan undi Pakatan Harapan serta kerajaan perpaduan.”