
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, 14 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.33 pagi.
Katanya, kebakaran melibatkan bangunan struktur kelas A yang musnah 30%.
“Semasa kejadian, terdapat 14 penghuni, termasuk penjaga berada dalam bangunan itu, tetapi mereka sempat menyelamatkan diri.
“Apabila anggota bomba tiba di lokasi kejadian, kebakaran sudah dipadamkan orang awam.
“Bagaimanapun, seorang mangsa wanita berusia 69 tahun ditemui rentung atas katil dalam sebuah bilik di kediaman itu,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.