Lebih 72,000 keluar undi awal di 6 negeri, kata SPR

Lebih 72,000 keluar undi awal di 6 negeri, kata SPR

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata peratusan keluar mengundi di PRN enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu mencatatkan lebih 93%.

Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am dan pasangan mereka keluar mengundi bagi memilih kerajaan di enam negeri.
KUALA LUMPUR:
Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi PRN di enam negeri hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak, berkata di Kedah, jumlah peratusan keluar mengundi adalah 96.02% diikuti Terengganu (95.91%), Selangor (95.87%), Pulau Pinang (95.01%), Negeri Sembilan (94.05%) dan Kelantan (93.90%).

Sementara itu, bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu, seramai 1,286 orang pengundi atau 95.47% anggota tentera dan pasangan serta polis mengundi awal.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana menjalankan tanggungjawab dengan amat baik.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak polis, tentera, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Penerangan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta PRK Kuala Terengganu dijalankan serentak iaitu pada 12 Ogos manakala pengundian awal berlangsung hari ini bermula 8 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.