KPDN kaji inisiatif Amanah Saham Rahmah bantu keluarga miskin tegar

KPDN kaji inisiatif Amanah Saham Rahmah bantu keluarga miskin tegar

Menerusi inisiatif itu sejumlah wang dilaburkan kerajaan bawah syarikat tertentu dan dividen akan diberikan kepada keluarga memerlukan.

Fuziah Salleh berkata inisiatif itu diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup dan memberi pendapatan berterusan kepada keluarga miskin tegar. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji untuk mewujudkan inisiatif Amanah Saham Rahmah bagi membantu keluarga miskin tegar.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata inisiatif itu diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup, sekali gus memberi pendapatan berterusan kepada golongan terbabit.

Katanya, menerusi inisiatif itu sejumlah wang akan dilaburkan kerajaan bawah syarikat tertentu dan dividen daripada pelaburan akan diberikan kepada keluarga memerlukan, manakala wang pokok dilaburkan itu tetap milik kerajaan.

“Kita sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk melaksanakan Amanah Saham Rahmah dan bagaimana kita boleh meletakkan satu kumpulan wang yang terkumpul untuk kita laburkan dalam satu akaun.

“Contohnya di bawah Permodalan Nasional Berhad, kerajaan akan meletakkan RM100,000 untuk keluarga itu, tetapi wang pokok itu jadi milik kerajaan, manakala dividen diberikan kepada keluarga miskin tegar berkenaan,” katanya ketika menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.