Rugi RM610,000 terjerat janji pulangan 750%

Rugi RM610,000 terjerat janji pulangan 750%

Polis berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan pelaburan.

scammer
Polis berkata mangsa membuat transaksi ke beberapa akaun bank berbeza mulai 1 April lalu selepas ditawarkan pulangan tinggi sehingga 750%.
MUAR:
Seorang peniaga kerugian RM610,000 selepas terperdaya pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa berusia 49 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan tersebut di Facebook sebelum berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebaik ditawarkan pulangan tinggi sehingga 750%, katanya, mangsa membuat transaksi ke beberapa akaun bank berbeza mulai 1 April lalu dan diberitahu urusan pelaburan diuruskan sepenuhnya broker.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan pelaburan. Dia kemudian membuat laporan semalam bagi tuntutan insurans kerugian yang dialami.

“Justeru, polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan luar biasa,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.