Remaja dikhuatiri lemas ketika cari kepah

Remaja dikhuatiri lemas ketika cari kepah

Polis berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang ditangguhkan 8.30 malam tadi, akan disambung hari ini.

Polis berkata, rakan mangsa memaklumkan remaja 14 tahun itu dihanyutkan arus semasa mereka mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Rompin. (Gambar Freepik)
KUANTAN:
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin.

Ketua Polis Rompin, Mohd Azahari Mukhtar, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan Mohd Iman Daniel Azri, 14, beralamat di Felda Keratong 4, Rompin sekitar 5.30 petang semalam.

Beliau berkata, menurut maklumat daripada rakan mangsa, remaja itu dihanyutkan arus semasa mereka mencari kepah di sungai berkenaan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung.

“Bagaimanapun, operasi SAR ditangguhkan pada 8.30 malam dan akan disambung esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.