PRK: SPRM buka bilik gerakan salur maklumat rasuah

PRK: SPRM buka bilik gerakan salur maklumat rasuah

Bilik gerakan SPRM boleh dihubungi di talian 07-2316000 dan 07-4321982.

Bilik gerakan SPRM sempena PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dibuka 24 jam.
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan dua bilik gerakan di Johor bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

SPRM dalam kenyataan berkata kedua-dua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga 9 Sept.

Bilik gerakan bagi pejabat SPRM Johor boleh dihubungi dengan menelefon 07-2316000, manakala bilik gerakan pejabat SPRM cawangan Batu Pahat menerusi talian 07-4321982.

SPRM berkata orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 010-8414384.

SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.