Isu ‘hidup semula’ nombor plat klasik, menteri arah tubuh pasukan petugas khas

Isu ‘hidup semula’ nombor plat klasik, menteri arah tubuh pasukan petugas khas

Loke Siew Fook berkata pasukan yang akan dianggotai oleh Unit Integriti kementerian itu telah diamanahkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Loke Siew Fook berkata pasukan petugas khas itu juga diamanahkan mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkasakan ketelusan proses pendaftaran nombor plat klasik.
PETALING JAYA:
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengarahkan penubuhan pasukan petugas khas di kementeriannya bagi menyiasat dakwaan kekurangan tadbir urus Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pendaftaran nombor plat klasik.

Beliau berkata, pasukan petugas khas yang akan dianggotai Unit Integriti kementerian itu diamanahkan menyiasat dakwaan terbabit.

“Selain menyiasat dakwaan, ia juga diamanah mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkasa ketelusan proses pendaftaran nombor plat klasik,” katanya dalam kenyataan.

Loke berkata, perkara itu dibangkitnya dalam mesyuarat pasca Jemaah Menteri hari ini susulan pendedahan dokumen dikenali sebagai “JPJandora Papers”.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan JPJ memperbaiki sistem JPJeBid yang menghadapi kekangan kapasiti pada waktu puncak.

Terdahulu, Edisi Siasat mendakwa wujud skandal JPJ yang “menghidupkan semula” nombor plat klasik dan kemudian dijual dengan harga ratusan ribu ringgit, dan semua maklumat itu turut disenaraikan dalam dokumen “JPJandora Papers”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.