
Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, berkata bapa kepada kanak-kanak itu menemui mayat mereka dalam keadaan terapung sewaktu melalui kawasan kolam itu yang dikerumuni orang ramai.
“Ketika itu dia ternampak bapa serta anaknya dalam keadaan terapung dalam kolam berkenaan. Berdasarkan siasatan dan pemeriksaan, tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk urusan bedah siasat,” katanya menurut Berita Harian.
Katanya, dua mayat itu ditemukan pada 7.20 malam oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada polis.
“Kolam tinggal itu dianggarkan sedalam kira-kira satu meter itu. Mangsa kemudian dikeluarkan dengan bantuan orang awam,” katanya.
Beliau berkata, anak lelaki warga emas berusia 78 tahun itu dikatakan sering membawa cucunya bersiar-siar setiap petang selepas mengambil kanak-kanak itu daripada isterinya yang bekerja di kedai makan berhampiran kawasan itu.