Warga emas rentung dalam kereta

Warga emas rentung dalam kereta

Kebakaran empat kenderaan itu melibatkan kenderaan diparkir.

Seorang warga emas lelaki berusia 67 tahun ditemukan rentung, awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Warga emas rentung dalam kebakaran melibatkan empat kenderaan di sini, awal pagi tadi.

Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.45 pagi.

Katanya, menurut laporan awal kebakaran membabitkan kenderaan diparkir.

Kebakaran melibatkan empat kenderaan diparkir iaitu jenis Ford Telstar, Naza Citra, Proton Wira, dan lori satu tan jenis Daihatsu.

“Bomba mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 67 tahun yang berada dalam kereta Naza Citra tersebut telah rentung akibat kebakaran,” katanya menurut Astro Awani.

Dalam laporan ringkas itu, bomba berkata kebakaran berjaya dipadamkan dan siasatan lanjut diserahkan kepada polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.