Nahas 14 kenderaan: Identiti 2 penunggang motosikal dikenal pasti

Nahas 14 kenderaan: Identiti 2 penunggang motosikal dikenal pasti

Mereka ialah pekerja Pos Malaysia, Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan kakitangan mahkamah Ampang, Yuswar Mohd Uyus, 39.

Polis berkata, 14 individu terbabit dalam nahas di di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di Putrajaya, termasuk dua mangsa korban berbanding lapan mangsa yang dilaporkan. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Identiti dua penunggang motosikal terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah treler merempuh beberapa kenderaan, termasuk motosikal polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, berkata mereka ialah pekerja Pos Malaysia, Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, kakitangan di mahkamah Ampang.

Beliau berkata, pengecaman jenazah Faris dibuat ayahnya, manakala Yuswar oleh isterinya di Unit Forensik Hospital Putrajaya kira-kira 5.30 petang tadi.

“Post mortem (bedah siasat) kedua-dua mangsa akan dibuat esok,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai jumlah mangsa dalam kemalangan itu, Asmadi berkata, 14 individu terlibat, termasuk dua mangsa korban berbanding lapan yang dilaporkan.

Pemandu kereta dikenali sebagai Karli Rastio, 69, dan Abdul Latif Ahmad, 58, dilaporkan parah serta masing-masing dirawat di zon merah Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Pemandu treler itu pula luka ringan di tangan, manakala baki mangsa ada yang patah tangan dan ada yang tidak cedera.

Katanya, 14 kenderaan terbabit dalam kemalangan itu, iaitu sebuah treler dan sebuah lori, tujuh kereta serta lima motosikal, termasuk sebuah motosikal polis trafik.

Beliau berkata, saringan ujian air kencing pemandu treler itu didapati negatif dan dia akan direman esok untuk siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.