Perak timbang kurang premium tanah buat miskin tegar, OKU

Perak timbang kurang premium tanah buat miskin tegar, OKU

Menteri besar Perak berkata pengurangan bayaran premium berdasarkan syor Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri untuk diputuskan pihak berkuasa negeri.

Saarani Mohamad berkata kaedah pembayaran premium secara ansuran tidak dilaksanakan kerana ia bersifat ‘one off’ untuk membolehkan hak milik didaftarkan.
PETALING JAYA:
Kerajaan Perak sedia mempertimbangkan pengurangan bayaran premium tanah kepada pemohon miskin tegar atau orang kurang upaya (OKU).

Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) mengeluarkan Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Perak Bilangan 3 tahun 2020 berkaitan Dasar Permohonan Rayuan Pengurangan Premium kepada pemohon layak.

Katanya, pengurangan bayaran premium berdasarkan syor PTG untuk diputuskan pihak berkuasa negeri.

“Kerajaan negeri memahami dan sentiasa prihatin kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk membayar kadar premium tanah yang tinggi,” katanya menurut Utusan Malaysia dalam sidang DUN Perak di Ipoh.

Beliau berkata, tiada kaedah pembayaran premium secara ansuran kerana ia bersifat “one off” untuk membolehkan hak milik didaftarkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.