
Pemangku Menterinya, Armizan Mohd Ali, berkata anggota penguat kuasa sudah diarahkan untuk menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.
Katanya, beliau juga akan meneliti perkara itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku kerana membabitkan kesihatan pengguna.
“Saya sudah mengarahkan siasatan diadakan serta-merta. Penelitian dibuat melalui KPDN cawangan Sandakan dan siasatan sedang dilakukan bersama Bahagian Kawalselia Padi dan Beras.
“Setakat ini, siasatan menggunakan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Pelindungan Pengguna.
“Premis yang didakwa menjual beras plastik seperti dalam video tular juga sudah dilawati dan kita sedang mendapatkan maklumat tambahan daripada pengadu yang mentularkan video itu,” katanya pada sidan media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), menurut Berita Harian.
Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 20 saat tular pagi ini dengan memperlihatkan seorang lelaki mendakwa beras yang dijual di salah sebuah premis di Sandakan adalah beras plastik.