
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, bekalan air pulih 37.3% setakat 10 malam tadi dan dijangka pulih sepenuhnya 12 tengah malam Khamis ini.
Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang sudah beroperasi sepenuhnya.
Dalam pada itu, katanya, kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sungai Langat mengalami sedikit kelewatan.
“Bagaimanapun, kelewatan dalam pelaksanaan kerja ini tidak akan menjejaskan pemulihan penuh bekalan air di kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat.
“Bekalan air masih dijangka pulih sepenuhnya 12 tengah hari Khamis ini.”