Batu Pahat, Larkin catat IPU tak sihat setakat 9 pagi

Batu Pahat, Larkin catat IPU tak sihat setakat 9 pagi

48 kawasan lain merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 18 mencatatkan bacaan IPU baik, menurut Jabatan Alam Sekitar.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, Batu Pahat mencatat bacaan IPU 155 dan Larkin 122.

Sementara itu, 48 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100), manakala 18 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik, iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.