
Berdasarkan dokumen di laman sesawang khas belanjawan.mof.gov.my, peruntukan bantuan kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa itu meningkat berbanding RM450 juta pada tahun ini.
Isu berkaitan BAP timbul susulan kebimbangan ibu bapa apabila tiada pengumuman berkaitannya dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan di Parlimen, Jumaat lalu.
Kebanyakannya mengharapkan bantuan itu untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.
Sesi persekolahan bagi 2024/2025 dijadualkan bermula Mac 2024, iaitu selepas atau menjelang beberapa perayaan penting-Tahun Baharu Cina pada Februari, awal Ramadan pada Mac, dan Aidilfitri pada April.
BAP bernilai RM150 diberikan kepada warganegara dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf, bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan; sekolah agama; sekolah swasta berdaftar dengan kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Integriti, dan Sekolah Henry Gurney.
KPM mendapat peruntukan RM58.7 bilion yang membabitkan RM52.7 bilion bagi pengurusan manakala RM5.9 bilion untuk pembangunan pada tahun depan.
Selain perbelanjaan untuk BAP, RM2.5 bilion dicadangkan untuk pembinaan 26 sekolah baharu, bangunan baharu prasekolah (RM82 juta) dan rancangan makanan tambahan (RM784 juta).
Sementara itu, RM1 bilion disalur untuk penyelenggaraan semua jenis sekolah manakala RM930 juta bagi memperbaiki 450 bangunan daif.