Fitnah vaksin mandatori cubaan calar imej KKM, kata KP kesihatan

Fitnah vaksin mandatori cubaan calar imej KKM, kata KP kesihatan

Berlegar di media sosial dakwaan rakyat Malaysia akan disuntik paksa 'vaksin ISR'.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan mengingatkan rakyat tidak menyebar tohmahan dan fitnah yang boleh mencetuskan kegusaran rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dakwaan di media sosial berhubung rakyat Malaysia akan dipaksa mengambil suntikan “vaksin ISR” disangkal, selain dianggap cubaan tidak bertanggungjawab mahu mencalarkan imej Kementerian Kesihatan (KKM).

Berlegar di media sosial berkait dakwaan syarikat Sweden, Immune System Regulation, yang dikatakan akan memberikan suntikan paksa kepada rakyat negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, dalam kenyataan berkata tidak wujud vaksin ISR seperti didakwa, selain arahan sepertimana didakwa tidak pernah dikeluarkan KKM.

“Ini adalah fitnah dan tohmahan semata-mata dan boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia serta mencalarkan imej KKM,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau mengesahkan draf berkaitan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) akan dibentang di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-77 pada Mei 2024.

Bulan lalu, Radzi berkata berkata, pendirian Malaysia dalam rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 adalah jelas, iaitu menjaga kepentingan kesihatan awam selaras dengan undang-undang serta kedaulatan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.