
Desakan itu dibuat ketika Chong sedang berucap pada majlis turut dihadiri Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Saifuddin Abdullah.
Ketika Chong hendak memulakan ucapan, beberapa perwakilan mengangkat beberapa keping kertas tertulis “Letak Jawatan Chong Fat Full, bertanggungjawab kekalahan semua calon sayap bersekutu PRU15 dan PRN6 Ramai Hilang Deposit”.
Seorang daripadanya menjerit “Chong Fat Full letak jawatan”.
Desakan itu dipercayai kerana mendakwa Chong yang juga bekas Adun Pemanis bertanggungjawab di atas kekalahan semua calon daripada sayap itu pada PRU15 dan PRN sehingga hilang deposit.
FMT cuba mendapatkan maklum balas kumpulan terbabit namun mereka enggan memberi sebarang ulasan sebelum beredar dari dewan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).
Terdahulu semasa berucap, Chong berkata sejak ditubuhkan dua tahun lalu sayap itu semakin diterima masyarakat bukan Islam dan mampu melaksanakan konvensyen kali pertama tahun ini.
Beliau turut mengingatkan sayap itu bukan untuk mencari jawatan atau platform bertanding dalam pilihan raya.
“Sayap Bersekutu bukan tempat untuk mana-mana pihak mengejar jawatan atau menjadi calon semata,” katanya.
Konvensyen Bersekutu diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang bermula hari ini dengan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri.