Muhyiddin cuba buat kebangkitan politik, kata bekas menteri

Muhyiddin cuba buat kebangkitan politik, kata bekas menteri

Salleh Said Keruak berkata pemerhati tertanya-tanya sama ada Muhyiddin melakukan muslihat untuk melalaikan lawannya.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan akan mempertahankan jawatannya, sehari selepas menyatakan enggan berbuat demikian.
PETALING JAYA:
Keputusan Muhyiddin Yassin menarik balik hasrat enggan pertahan jawatan presiden Bersatu barangkali cubaan beliau melakukan kebangkitan semula, kata bekas menteri Salleh Said Keruak.

Sehari selepas mengumumkan tidak menyertai pemilihan parti akan datang, Muhyiddin pada Persidangan Agung Tahunan Bersatu semalam mengumumkan beliau menukar fikiran selepas bercakap dengan isterinya.

Penganalisis juga percaya langkah itu mungkin untuk menilai sokongan ahli parti.

Salleh, yang juga bekas ketua menteri Sabah, berkata kebanyakan pemerhati tertanya-tanya sama ada Muhyiddin melakukan muslihat untuk melalaikan lawannya.

“Saya tertanya-tanya siapa dalam kalangan lawan politiknya yang mempercayai kenyataannya baru-baru ini dan menjadi mangsa perdayaan,” katanya di Facebook.

Salleh berspekulasi bahawa bekas perdana menteri itu cuba “mengaburi niat sebenarnya” daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau sudah terlalu lama mengimpikan kembali berkuasa selepas meletak jawatan pada Ogos 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.