Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu hingga esok

Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu hingga esok

Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk.

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk bermula hari ini sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, memaklumkan amaran itu dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Besut di Terengganu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan; Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan dan Pekan di Pahang bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan tersebut.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.