Pembantu farmasi didakwa sebabkan kematian adik OKU

Pembantu farmasi didakwa sebabkan kematian adik OKU

Nur Syuhaidah Mohd Sani, 36, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Nur Syuhaidah Mohd Sani dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani untuk menghadapi tuduhan hari ini. (Gambar Bernama)
SUNGAI PETANI:
Seorang pembantu farmasi di sebuah hospital swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian adik perempuannya yang juga orang kurang upaya.

Nur Syuhaidah Mohd Sani, 36, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, Syuhaidah didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Nur Fatin Mohd Sani, 29, di sebuah rumah di Residensi Prima Puteri Jaya, di sini, antara 5.30 petang 6 Nov hingga 11.30 pagi 20 Nov lepas.

Pertuduhan mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan jika tidak dihukum gantung, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.