
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad, berkata bedah siasat wanita berusia 34 tahun itu dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam dan ujian pengesanan Covid-19 terhadapnya negatif.
“Doktor mengesahkan punca kematian adalah pneumonia. Kematian wanita berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, wanita ditahan atas kesalahan dadah itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, selepas mengadu tidak sihat Khamis lalu.