Anwar, Dr M, Muhyiddin dan Ismail hadir jamuan teh Diraja

Anwar, Dr M, Muhyiddin dan Ismail hadir jamuan teh Diraja

Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara bersempena tamat pemerintahan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Agong.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Anwar Ibrahim dan tiga bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, dan Ismail Sabri Yaakob, menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Semua pemimpin tersebut berkhidmat semasa pemerintahan baginda.

Turut berangkat menghadiri majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis yang bermula pada 3 petang itu, dihadiri 2,500 tetamu termasuk Jemaah Menteri, Ahli Parlimen, duta dan perwakilan asing ke Malaysia, menurut Bernama.

Antara tetamu kenamaan lain hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, dan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Majlis bersempena tamat pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan, turut dimeriahkan dengan persembahan orkestra oleh Kolej Yayasan Saad dari Melaka.

Pasangan Diraja itu turut meluangkan masa hampir satu jam bersalaman, beramah mesra, dan berswafoto dengan tetamu jemputan dalam majlis itu.

Acara lain yang akan berlangsung sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda termasuk Majlis Jamuan Negara yang dijadualkan, pada 27 Jan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.