
Tertuduh yang berusia 33 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Irwan menetapkan 26 Feb untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa di tiga rumah berlainan di Muar, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima pula, dia didakwa mencabul dan merogol mangsa dalam kereta di Serom dan Tangkak.
Pendakwaan bagi kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 14 akta sama dan Seksyen 376 (1) kanun sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu hukuman.