
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara hari ini, selepas hampir dua bulan menjalani rawatan.
Beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Jan lalu untuk rawatan jangkitan dan pemerhatian.
“Mahathir dibenarkan keluar dari IJN pada 11.30 pagi hari ini,” kata pejabatnya dalam kenyataan.
Mahathir, 98, pada 12 Mac lalu memaklumkan beliau menjalani rawatan di IJN akibat jangkitan yang dialami sejak Januari.
Beliau berkata kesihatannya semakin pulih.