
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.
Anwar yang juga presiden PKR berkata, parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat, iaitu usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai.
“Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.
“Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna,” katanya di Facebook PKR.
Anwar seterusnya mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada semua ahli dan pimpinan parti.