5 suspek ugut pelanggan McDonald’s ditahan

5 suspek ugut pelanggan McDonald’s ditahan

Suspek berusia antara 27 hingga 40 tahun akan direman hingga Rabu.

Berdasarkan laporan, beberapa lelaki yang berkempen memboikot restoran McDonald’s memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadapnya.
PETALING JAYA:
Polis menahan lima suspek yang didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata semua suspek ditahan semalam dan kelmarin akan direman hingga Rabu ini.

Beliau berkata, suspek terbabit berusia antara 27 hingga 40 tahun.

“Lima suspek ini merupakan lelaki tempatan dan disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya kepada FMT.

Semalam, Wan Zahari dilaporkan berkata pihaknya giat mengesan suspek selepas laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 40 tahun.

Katanya, berdasarkan laporan dalam kejadian kira-kira 10.25 malam itu, beberapa lelaki yang berkempen memboikot restoran McDonald’s memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadapnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.