
Badrul atau lebih dikenali Chegubard dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya bersama Salim Iskandar yang telefon bimbitnya turut dirampas.
Turut dirampas telefon bimbit milik Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Setapak.
Menurut SKMM, siasatan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntuk hukuman denda RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selepas proses ini selesai untuk arahan lanjut.
“Pegawai penyiasat telah menyita telefon bimbit milik ketiga-tiganya yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan,” kata SKMM.
Katanya, orang ramai diingatkan tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.