Lembu terlepas memecut di LDP

Lembu terlepas memecut di LDP

Polis maklum akan kejadian tersebut dan sedang melakukan semakan.

Tangkap layar video memaparkan lembu berlari di LDP dan berlanggar dengan sebuah kereta.
PETALING JAYA:
Dua ekor lembu yang terlepas dirakam berlari Lebuh Raya Damansara-Puchong hari ini, menjelang sambutan Aidiladha esok.

Video haiwan terbabit berlari di Kelana Jaya ke arah Puchong tular di alam maya. Keberadaan lembu di atas jalan juga menyebabkan kesesakan kecil.

Turut dipaparkan dua lelaki menaiki motosikal cuba mengekang lembu-lembu itu.

Satu video di Facebook memaparkan lembu-lembu terbabit melintas pembahagi jalan tetapi seekor berlanggar dengan sebuah Perodua Myvi.

Tidak jelas keadaan pemandu kenderaan terbabit dalam video tersebut, manakala si lembu dapat bangun semula lalu kembali ke sisi kawannya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaa’far @ Ismail, berkata polis maklum akan kejadian itu namun tiada laporan dibuat setakat ini.

“Saya juga sedang semak dari mana lembu-lembu ini datang. Adakah lari semasa dalam proses dikurung untuk korban atau lari dari pemilik,” katanya kepada FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.