Bekas pengurus rugi RM241,000 ditipu ‘pegawai’ NSRC

Bekas pengurus rugi RM241,000 ditipu ‘pegawai’ NSRC

Polis berkata mangsa pindahkan wang ke tujuh akaun berbeza selepas diperdaya kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Scammer-Hacker
Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata mangsa membuat pemindahan wang ke tujuh akaun berbeza sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis semalam.
PETALING JAYA:
Seorang bekas pengurus sebuah syarikat kerugian di Johor RM241,000 selepas dihubungi ‘pegawai’ Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan memperdaya mangsa kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata pada 6 Nov lalu mangsa yang berusia 47 tahun menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai NSRC sebelum memaklumkan nombor telefon miliknya disalahgunakan untuk tujuan jenayah.

Katanya, ‘pegawai’ NSRC itu kemudiannya menyambung panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai dari IPK Terengganu.

“Mangsa turut diberitahu waran tangkap telah dikeluarkan atas namanya dan diarahkan memindahkan semua wang miliknya ke akaun yang diberikan.

“Antara 18 hingga 27 Nov, mangsa membuat pemindahan wang ke tujuh akaun berbeza sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.