
Jumlah itu melibatkan 98.7% daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp, yang bernilai RM3.6 bilion.
Keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 30 Jun 2023 pula adalah RM56 juta, manakala keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 31 Dis 2023 adalah RM106 juta, menurut nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp, lapor Buletin TV3.
Dalam pada itu, hanya 1.3% atau RM49 juta daripada keseluruhan portfolio pelaburan agensi itu yang mencatatkan kerugian tidak nyata, menurut laporan sama.
Pihak pengurusan HRD Corp menegaskan mereka sentiasa mematuhi prosedur termasuk segala bentuk permohonan kelulusan pelaburan mesti dilampirkan dengan kertas analisis.
Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan, lapor media.