WPD, MTIEL meterai perjanjian USD50 bilion untuk perniagaan tenaga, halal

WPD, MTIEL meterai perjanjian USD50 bilion untuk perniagaan tenaga, halal

Pengerusi Eksekutif MTIEL Holdings Sdn Bhd Md Nazri Ramli berkata kerjasama itu akan mengubah landskap bekalan tenaga dan perniagaan halal di beberapa negara.

(Dari kiri) Penasihat WPD/MTIEL untuk Projek-projek Malaysia Rashid Ghani, Pengerusi Eksekutif MTIEL Holdings Sdn Bhd Md Nazri Ramli dan CEO World Peace and Development Limited Du Sheng pada majlis menandatangani memorandum perjanjian kerjasama strategik di Shenzen, China semalam.
PETALING JAYA:
MTIEL Holdings Sdn Bhd (MTIEL) serta World Peace and Development Limited (WPD) memeterai perjanjian kerjasama strategik bernilai USD50 bilion bagi pembangunan perniagaan tenaga dan industri halal.

Pengerusi Eksekutif MTIEL Holdings Sdn Bhd Md Nazri Ramli berkata kerjasama yang dimeterai di Shenzen, China semalam itu akan mengubah landskap bekalan tenaga dan perniagaan halal di beberapa negara.

Pengerusi Eksekutif MTIEL Holdings Sdn Bhd, Md Nazri Ramli.

“Inisiatif ini juga akan melaksanakan pelan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dengan berkesan dan meningkatkan prospek ekonomi beberapa negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, skop geografi projek itu merangkumi Semenanjung Malaysia-Thailand yang dijangka memanfaatkan ekonomi daripada pelaburan dalam sektor pertanian ternakan halal, akuakultur dan pengeluaran tekstil.

Menurutnya, perjanjian itu turut memfokuskan Kompleks Jaminan Makanan dan Hab Transshipment Halal di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping, Kompleks Penyimpanan dan Pemprosesan Petroleum di Taman Sains dan Teknologi Kedah.

“Kompleks-kompleks ini bersama rangkaian logistik dan terminal luar pesisir akan memainkan peranan penting dalam pemindahan makanan dan tenaga.”

Penasihat WPD/MTIEL untuk Projek-projek Malaysia, Rashid Ghani.

Penasihat WPD/MTIEL untuk Projek-projek Malaysia, Rashid Ghani berkata kerjasama itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran halal global.

“Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, projek ini melambangkan harapan baharu dan masa depan lebih cerah untuk negara kita, serta menggambarkan komitmen kerajaan Madani terhadap pembangunan mampan dan inklusif.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.