Dakwaan sentuh 3R, Bukit Aman akan siasat Muhyiddin

Dakwaan sentuh 3R, Bukit Aman akan siasat Muhyiddin

Sebanyak 28 laporan telah dibuat terhadap bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin Yassin
Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin didakwa menyentuh kewibawaan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.
KUANTAN:
Polis menerima 28 laporan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi PRK Nenggiri baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, kami telah menerima 28 laporan yang dibuat di seluruh daerah Pahang dan kertas siasatan akan dibuka,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook semalam, telah menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.
TAGS

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.