Wanita tertimbus 8m dalam lubang benam di Masjid India

Wanita tertimbus 8m dalam lubang benam di Masjid India

Bomba tindakan mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan.

tanah jerlus
Bomba berkata kerja menyelamat seorang wanita yang terperangkap akibat kejadian lubang benam di Masjid India sedang dijalankan. (Gambar JBPM)
KUALA LUMPUR:
Seorang wanita warga India tertimbus selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8m berhampiran Masjid India, pagi ini.

Komander Operasi Bomba Kuala Lumpur, Mohd Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 8.22 pagi dan terus menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati terdapat seorang wanita berusia 48 tahun terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

“Kedalaman lubang dianggarkan kira-kira 8m,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tindakan mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan oleh unit STORM dan Unit Pengesan (K9).

“Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.